LOGO

Keindahan Hidup Di Sini..

Detail
On Wednesday, February 9, 2011 0 comments

Nama : Tudung /Penutup Botol
Peralatan : penutup botol minuman (5 biji)
Pemain : 2 - 3 orang (x kisah berapa pun)


Cara main :
Pemain perlu menyusun kesemua 5 penutup botol secara bertingkat dan memutarkan dengan jari di atas lantai..
Lepas diputar..penutup botol tadi akan berkecai/berpecah/berterabur atas lantai..Pemain perlu memilih satu penutup utk di kecualikan. Kemudian pemain kedua akan mengarahkan pemain pertama supaya menjentik penutup botol tadi mengikut kehendaknya..supaya penutup itu dapat mengenai dgn tepat penutup botol lain..Selepas semua  selesai..pemain akan melambung dan meyambut penutup botol tadi yang di letakkan di atas tapak tangan..Di sini  Markah dikira berdasarkn jumlah penutup botol yang berjaya disambut oleh pemain.


*Note :Jika semasa mula td pemain yang memutar penutup botol mendapati 2 penutup botol bertindih/tidak terpisah.. maka dua penutup botol tu di kecualikan (free) . Jika 3 penutup botol bertindih pula..pemain akan di berikan tugas/denda.Penutup botol akan disusun (Seperti dalam gambar di atas) dan pemain perlu menjentik penutup botol supaya x mengenai yang tengah..

On 0 comments

Nama : Guli
Peralatan : guli
Pemain : 2 - 6 orang (x kisah berapa pun)


Cara main :
Satu garisan bulat dibuat di atas tanah..kemudian guli yang di deposit oleh pemain dikumpulkan dalam bulatan ini.
Pemain perlu melastik/melontar dgn guli ibu (KO) ke guli-guli yang di deposit dalam bulatan tadi (ikut turn). Guli yang terkeluar dari bulatan dapat diambil oleh pemain yang melontar/melastik dgn tepat.. Kemudian, pemain yang sudah dapat hasil td boleh mem'bunuh' pemain lain dgn melastik/melontar guli ibunya mengenai guli ibu pemain lain..

On Tuesday, February 8, 2011 0 comments

Haa.. Teringat zaman kecik2 dulu.. slalu main permainan/game ni..
Nama : Bola Kaki Tiga
Peralatan : selipar 3 biji dan sebiji bola kecil yang ringan
Pemain : 2 pasukan terdiri daripada 3-6 sepasukan (A&B)

Cara main :
Selipar yang di susun berbentuk piramid (kaki tiga) perlu di baling dan di jatuhkan dengan bola oleh satu pasukan (A)..Dan satu pasukan (B) lagi perlu menjaga bola..Bila selipar tadi berjaya di jatuhkan/dirobohkan.. Pasukan (B) perlu membaling bola mengenai target pemain pasukan (A) sementara mengelakkan 3 selipar tadi dibina balik oleh pasukan (A)..

On 0 comments

Test lomografi..kucing